LENTERA

Bacaan Doa Nabi Ibrahim, Mohon Dilimpahkan Keselamatan dan Rezeki

AsSAJIDIN.COM — Berikut ini adalah doa-doa nabi Ibrahim Alaihissalam, diambil dari ayat-ayat di dalam Alquran.

Doa Dilimpahkan Keselamatan dan Rezeki
رَبِّ اجْعَلْ هَٰذَا بَلَدًا آمِنًا وَارْزُقْ أَهْلَهُ مِنَ الثَّمَرَاتِ مَنْ آمَنَ مِنْهُمْ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ

Bacaan Rumi: Rabbij’al hadza baladan aminan warzuq ahlahu minatsamarati man amana minhum billahi wal yauwmil akhiri

Maksudnya: “Ya Tuhanku jadikanlah negeri Mekkah ini negeri yang aman dan berilah rezeki berupa buah-buahan kepada penduduknya yaitu di antara mereka yang beriman kepada Allah dan hari kemudian.” (Surah al- Baqarah: ayat 126)

Doa ini dibacakan Nabi Ibrahim AS kepada negeri Mekah sebelum meninggikan Baitullah. Baginda memohon Mekah menjadikan negeri yang aman dan makmur, serta dipenuhi orang-orang yang beriman kepada Allah. Doa ini dianjurkan bukan sahaja khusus untuk keamanan dan kesejahteraan Mekah tetapi keperluan setiap Muslim untuk berdoa demi keselamatan dan keamanan tempat tinggal kita dan memperoleh rezeki yang melimpah.

Dua nikmat itu – keselamatan dan kestabilan ekonomi adalah nikmat yang tidak dapat kita gambarkan. Di dalam Surah Quraisy, ayat 3 dan 4, Allah menyatakan kewajipan menyembah Allah yang Esa dan Allah menghilangkan lapar dan mengamankan kita daripada ketakutan.

2. Doa Dikurniakan Zuriat dan Keluarga yang Taat
رَبِّ ٱجْعَلْنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ ﴿٤٠﴾ رَبَّنَا ٱغْفِرْ لِى وَلِوَٰلِدَىَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ ٱلْحِسَابُ

Bacaan rumi: Rabbij’alnii muqiimasholaati wamin dzurriyyatii rabba wataqabbal du’aai (40) Rabbanaghfirlii waliwaa lidayyaa walilmukminiina yauma yaqumul hisab (41)

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunankanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan”. (Surah Ibrahim: ayat 40-41)

Semasa hidup baginda, banyak cabaran diharungi oleh Nabi Ibrahim AS tetapi baginda tidak putus-putus memanjatkan doa kepada Allah SWT termasuk doa untuk ketaatan buat diri baginda dan keturunan baginda.

Doa ini bertetapan dengan anjuran mengerjakan solat, selain dikurniakan zuriat yang soleh. Diriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amru berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Suruhlah anak kalian solat ketika berumur 7 tahun dan pukullah mereka ketika berusia 10 tahun jika mereka meninggalkan solat! Dan pisahkanlah tempat tidur anak lelaki dan perempuan.”.

Lihat Juga :  KPID Sumsel Silaturrahmi ke Balai Monitoring Spektrum Frekuensi Radio Kelas I Palembang

3. Doa Dikurniakan Ilmu Pengetahuan
رَبِّ هَبْ لِى حُكْمًا وَأَلْحِقْنِى بِٱلصَّـٰلِحِينَ ﴿٨٣﴾ وَٱجْعَل لِّى لِسَانَ صِدْقٍ فِى ٱلْـَٔاخِرِينَ ﴿٨٤﴾ وَٱجْعَلْنِى مِن وَرَثَةِ جَنَّةِ ٱلنَّعِيمِ ﴿٨٥﴾ وَٱغْفِرْ لِأَبِىٓ إِنَّهُۥ كَانَ مِنَ ٱلضَّآلِّينَ ﴿٨٦﴾ وَلَا تُخْزِنِى يَوْمَ يُبْعَثُونَ

Bacaan rumi: Rabbi hablii hukman waalhiqnii bisshalihin (83) Waj’allii lisana shidqin filaakhirin (84) waj’alnii min warasati jannatinna’im (85) waghfir li abii innahu kaana minadhollin (86) walaa tukhzinii yauma yub’asun (87)

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh; Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian; Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim; Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya ia adalah dari orang-orang yang sesat; Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula.” (Surah Asy-Syua’ra’: ayat 83-87)

Do’a menceritakan permohonan Nabi Ibrahim AS agar Allah memberikan hikmah, ilmu pengetahuan, dan kejayaan dalam menjalankan dakwahnya. Di dalam al-Quran menyatakan, kaum Nabi Ibrahim AS termasuk ayahnya sendiri menyembah berhala, ini disebutkan di dalam surah yang sama, ayat 72 dan 73. Nabi Ibrahim AS menegaskan bahawa berhala tersebut adalah musuhnya, dan Allah SWT yang menciptakan bumi dan seluruh isinya.

Doa ini juga dibacakan agar Allah memberi kita kekuatan untuk membuat keputusan dan mengamalkan ajaran agama. Selain itu, kita juga meminta dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang soleh dan ditemani orang-orang yang mampu membawa kita ke jalan orang-orang yang soleh.

4. Doa Memohon Allah Menerima Segala Amal Kita
رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ.

Bacaan rumi: Rabbana taqabbal minna innaka ‘antas sami’ul ‘alim

Maksudnya: “Ya Tuhan kami terimalah amal dari kami sungguh Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 127)

Doa ini dibacakan semasa kisah Nabi Ibrahim As dan Nabi Ismail As membina Kaabah di Mekah. Terdapat banyak fadhilat mengamalkan doa ini, antaranya, membuahkan rasa tawadhuk dalam hati kita. Dalam doa diatas, Nabi Ibrahim As memohon kepada Allah untuk menerima amalannya – membina Kaabah. Ia merupakan pekerjaan yang mulia dan baginda juga seorang nabi, tetapi masih mengharap keberkatan untuk amalan yang dilakukan.

Lihat Juga :  7 Amalan di Malam Nisfu Syaban

Di dalam tafsir Ibn Kathir ada menyatakan, Wuhaib ibn Awad ketika membaca ayat ini menangis dan berkata, ““Wahai kekasih ar-Rahman, engkau telah membangun pondasi Baitullah, namun engkau masih saja takut amalan tersebut tidak diterima.” Begitulah tawadhuknya baginda.

5. Doa Menghilangkan Gundah Gulana
اَلَّذِيْنَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ اِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوْا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ اِيْمَانًاۖ وَّقَالُوْا حَسْبُنَا اللّٰهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ

Bacaan rumi: allaziina qaala lahumun-naasu innan-naasa qad jama’ụ lakum fakhsyauhum fa zaadahum īmaanaw wa qaalụ ḥasbunallaahu wa ni’mal-wakiil

Maksudnya: Orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang ketika ada orang-orang mengatakan kepadanya, ‘Orang-orang (Quraisy) telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka,’ ternyata (ucapan) itu menambah (kuat) iman mereka dan mereka menjawab, ‘Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung.’ (Surah Ali Imran: ayat 173)

Doa ‘Hasbunallah wa ni’mal wakil’ ini sangat terkenal di antara kita. Tahukah anda, doa ini dibaca oleh Nabi Ibrahim As semasa baginda akan dicampak ke dalam api. Ini disebut oleh sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Abbas yang bermaksud, hasbunallah wa ni’mal wakil adalah doa yang dipanjatkan Nabi Ibrahim As semasa baginda akan dilempar di dalam api yang membara.

Nabi Muhammad SAW juga melafazkan doa ini semasa mengumpulkan pasukan untuk berperang semasa Perang Badar. Hadis tersebut diriwayatkan oleh Bukhari. In sha Allah, dengan mengamalkan doa ini, Allah memudahkan segala urusan kita dan menenangkan kita semasa keserabutan supaya kita mudah menguruskan perkara lain.

Kesimpulan
Nabi Ibrahim As ialah utusan Allah yang diuji dengan Raja Namrud yang sangat kejam dan kaumnya, bahkan ayahnya sendiri tidak beriman kepada Allah. Sesungguhnya tiada yang dapat memudahkan segala urusan kita selain Allah kerana Dialah pemudah segala cara. (*)

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

Back to top button