SYARIAH

Tawaran Menarik, Beli Dulu Bayar Kemudian, Gimana Menurut Islam?

ASSAJIDIN.COM — Pembelian secara mudah dan murah salah satu gaya hidup yang bukan saja menyenangkan tetapi memudahkan pelanggan mendapat barangan yang disukai dengan mudah.

Bagi menarik pelanggan, perkhidmatan beli dahulu bayar kemudian turut diperkenalkan di mana pengguna boleh melakukan pembelian dan melakukan pembayaran pada kemudian hari.

Namun adakah cara itu dibenarkan dalam Islam? Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah menjelaskan terdapat beberapa isu syariah yang timbul dari cara ini, beli dulu bayar kemudian.

1. Bagi kaedah pembayaran secara one-off dalam tempo sebulan, tiada isu syariah padanya sekiranya pembayaran diselesaikan dalam tempo sebulan sepertimana yang ditetapkan. Sebaliknya, sekiranya pelanggan lewat menyelesaikan bayaran dan dikenakan denda lewat bayar, maka berlakulah riba yang diharamkan syariah

2. Bagi kaedah pembayaran secara ansuran pula, terdapat dua isu syariah padanya melibatkan denda pemprosesan dan dendalewat bayar. Hal ini kerana setiap denda pemprosesan dan lewat bayar yang dikenakan melebihi kos operasi dan kerugian sebenarnya adalah sebagian daripada riba.

Lihat Juga :  Gemar Asuh 'Spirit Doll' Hati-Hati Syirik, Begini Menurut Pandangan Islam

Oleh karena itu umat Islam dilarang untuk terlibat dengan sembarang transaksi yang mempunyai unsur riba kerana riba adalah haram dan berdosa besar.

Dalam Islam, riba adalah diharamkan dan pihak yang terlibat dengannya akan mendapat dosa besar. Hal ini dapat dilihat melalui firman Allah SWT berikut:

Maksudnya: Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. [Surah al-Baqarah (275)]

Jelas Dr Luqman, para ulama ketika menerangkan pengharaman riba menyatakan bahwa, riba bermaksud tambahan.

Dalam konteks hutang, riba adalah denda tambahan yang dikenakan ke atas jumlah hutang atau denda tambahan kerana seseorang lewat membayar hutang.

Manakala pertambahan atau margin untung yang berlaku dalam jual beli biasa tidak dianggap sebagai riba. (Rujuk Tafsir al-Tabari 13/6[2]; Tafsir al-Mawardi 347/1[3]; Tafsir al-Baghawi 342/1[4])

Lihat Juga :  Enam Keadaan yang Hukumnya Makruh Bila Mengucap Salam

Ulama membagikan riba kepada dua kategori utama yaitu Riba al-Qard (berlaku dalam transaksi hutang) dan Riba al-Buyu’ (berlaku dalam jual beli barang-barang ribawi seperti emas dan perak). (Rujuk al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh 3739/5[5])

Oleh itu, perbahasan yang menjadi fokus dalam menjawab persoalan ini akan bertumpukan hukum hakam berkaitan riba dalam hutang (riba al-Qard).

Selain itu, terdapat hadis yang diriwayatkan oleh al-Haris di mana Rasulullah SAW menyatakan bahwa setiap hutang yang disertakan manfaat atau keuntungan sebagai balasan dianggap sebagai riba. Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: Setiap hutang yang mendatangkan manfaat keuntungan (kepada pemiutang) maka ia adalah riba. [Riwayat al-Haris dalam Musnad al-Haris (437)]. Wallahualambishawab. (*/Sumber: islamituindah)

Back to top button