3 Jenis Teman Kata Imam Al-Ghazali
ASSAJIDIN.COM — Hidup memang penuh warna. Manusia pun beragam rupa. Itu semua memang Allah anugrahkan kepada makhluknya. Allah berikan pilihan-pilihan dan manusia pula yang memilih ingin jalan apa dan ingin tujuan apa.
Bicara soal ragam manusia dalam bersosial, Imam Al-ghazali mengatakan ada tiga jenis teman dalam hubungan sosial
Pertama:
Kawan yang ada ilmu, bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa bagi ilmu dan nasihat kepada kita. Imam Al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini, berkawanlah
kerana banyak kebaikan yang dapat diperolehi.
Kedua:
Dia tak ada ilmu, tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu dan nasihat yang kita sampaikan kepadanya, berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu dan
nasihat kepadanya, dia dapat laksanakan perintah Allah SWT.
Ketiga –
Dia tak ada ilmu, kita ada ilmu tetapi bila kita bagi ilmu dan nasihat kepada dia, dia tak terima dan memberikan bermacam-macam alasan seperti dia tak suka ilmu yang kita sampaikan. Dia reject ilmu dan nasihat yang kita berikan.
Imam Al-Ghazali kata tak perlu berkawan dekat dengan orang macam ini kerana tiada lagi manfaat kepada kita dan dia serta takut-takut kita terikut dengan cara dan tingkah laku dia yang boleh membawa kita kepada kehancuran. (*/sumber: fb penyejuk hati/By : Ismail Stones)
