MUSLIMAH

Muslimah, Perbaiki Hubunganmu dengan Allah

AsSAJIDIN.COM — Tahajjud merupakan solat sunat yang sangat dianjurkan dalam Islam. Terdapat banyak hikmah dan fadilat solat tahajjud:
Dalam Al-Quran, Allah SWT berfirman:
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا
“Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (Al-Israa’: 79)
Dalam hadis, Rasulullah SAW bersabda:
يَا عَائِشَةُ أَحِبِّي أَنْ تَكُونِي أَغْنَى النِّسَاءِ النِّسَاءَ عَنْ مِتَاعِ الدُّنْيَا ، فَأَصْلِحِي مَا بَيْنَكِ وَبَيْنَ اللَّهِ ، وَاغْتَنِمِي خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : شَبَابَكِ قَبْلَ هَرَمِكِ ، وَصِحَّتَكِ قَبْلَ سَقَمِكِ ، وَوَقْتَ فَرَاغِكِ قَبْلَ شُغْلِكِ ، وَحَيَاتَكِ قَبْلَ مَوْتِكِ ، وَغِنَاكِ قَبْلَ فَقْرِكِ
“Wahai Aishah, sukakah engkau menjadi wanita paling kaya di kalangan wanita tentang harta akhirat? Perbaikilah hubunganmu dengan Allah dan manfaatkanlah lima perkara sebelum (datang) lima perkara: masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa lapangmu sebelum sibuk, masa hidupmu sebelum mati, dan masa kayamu sebelum miskin.” (Riwayat Ibnu Hibban).
Nasihat saya: Manfaatkanlah waktu sahur dan bangunlah untuk solat tahajjud. Doakan ibu bapa dan keluarga. Tahajjud dapat membersihkan jiwa dan menenangkan hati. Allah pasti akan curahkan rahmat kepada hamba-Nya yang bangun tengah malam untuk bermunajat kepada-Nya. (Sumber: tazkirah ustadz dan ustadzah)

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

Back to top button