Hukum Meriwayatkan Hadits dengan Makna
ASSAJIDIN.COM –Apabila seseorang itu meriwayatkan hadis dengan makna, maka hendaklah dia berkata selepasnya dengan suatu perkataan yang dapat menggambarkan bahwa periwayatan itu adalah dengan makna, seperti: Au Kama Qala (او كما قال ) (maksud: atau sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.) ”
Maksudnya:
Menukilkan hadis bukan dengan lafaz sebagaimana yang terdpat pada riwayat asal.
Hukumnya:
Tidak dibenarkan melainkan dengan tiga syarat:
1) Orang yang meriwayatkan itu mengetahui dan memahami maksud hadis dari sudut bahasa dan kehendak periwayat asal.
2) Terdapat keperluan (darurat) yang memaksanya melakukan perkara ini, seperti lupa lafaz hadis tetapi ingat maksud hadis berkenaan. Namun jika dia ingat lafaz hadis, dia tidak dibenarkan samasekali mengubahnya, melainkan dengan tujuan untuk memberi faham kepada pendengar menurut bahasa mereka.
3) Lafaz yang diriwayatkan dengan makna itu tidak berbentuk ta’abbudi, iaitu bentuk-bentuk lafaz yang dianggap ibadah dengan membacanya. Seperti lafaz-lafaz zikir dan seumpamanya.
Apabila seseorang itu meriwayatkan hadis dengan makna, maka hendaklah dia berkata selepasnya dengan suatu perkataan yang dapat menggambarkan bahawa periwayatan itu adalah dengan makna, seperti: Au Kama Qala (atau sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.)
Contoh periwayatan dengan makna:
كما في حديث أنس رضي الله عنه في قصة الأعرابي الذي بال في المسجد قال: ثم إن رسول الله صلى الله عليه وسلم دعاه فقال له: إن هذه المساجد لا تصلح لشيء من هذا البول ولا القذر, إنما هي لذكر الله عز وجل والصلاة وقراءة القرآن, أو كما قال صلى الله عليه وسلم
Hadis di atas tidak diriwayatkan dengan lafaz asal hadis tetapi dengan maknanya. Dan di akhir periwayatan ini ada di sebutkan: Au Kama Qala s.a.w.
Ertinya: Seperti yang terdapat di dalam hadis Anas r.a. di dalam kisah Arab kampung yang kencing di dalam masjid, katanya: Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggilnya (Arab kampung) lalu bersabda: Sesungguhnya masjid ini tidak boleh dilakukan seperti ini, samada kencing atau kotoran lainnya. Masjid adalah tempat berzikir kepada Allah AWJ, solat dan membaca al-Quran, Au Kama Qala s.a.w. (Atau sebagaimana yang disabdakan oleh s.a.w.)
(Rujukan: Mustalah Hadis, syeikh Muhamad bin Saleh bin Utsaimin)