MOZAIK ISLAM

Doa ini Dibaca oleh Nabi Muhammad SAW untuk Abdullah Ibnu Abbas sehingga Menjadi Ahli Tafsir Hebat

AsSAJIDIN.COM — Abdullah bin Abbas (عبد الله ابن عباس‎ (619 – Thaif, 687/68H) adalah sepupu kepada Nabi Muhammad SAW, tokoh yang paling ‘alim tentang al-Quran dan paling faqih dengan tafsirannya dan beliau menghafaz 1,660 hadis yang ditsabitkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dalam kitab shohih mereka.

Beliau dibesarkan Nabi SAW. Ke mana Rasulullah pergi Abdullah bin Abbas akan turut serta. Ketika Baginda SAW, hendak berwudhu, beliau menyediakan airnya, ketika Baginda SAW menunaikan sholat, beliau berdiri sholat di belakangnya !

Ibnu Abas menjadi seorang ahli Hadis, ahli Tafsir, ahli Fiiah yang tersohor di zamannya. Sehingga beliau mendapat tempat istimewa di sisi Khalifah Ar-Rasyidin dalam membantu kepimpinan berkaitan urusan pentadbiran dan agama. Beliau dikenali sebagai orang yang paling mengikuti dan mentaati Sunnah Nabi Muhammad SAW.

Lihat Juga :  Muhammadiyah Diminta Terus Bersinergi Bersama Pemerintah dalam Pembangunan Daerah

Inilah bacaan doa yang dibacakan Rasulullah kepada Ibnu Abbas r.a

اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ

Arab Latin:
Allahumma faqqihhu fiddin wa a’llimhuttakwil)

Artinya:

“Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).”

 

“Apabila matinya anak Adam, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat dengannya dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya.”
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

Setiap ibu bapak wajib mendidik anak mereka menjadi anak yang soleh dan solehah. Anak-anak adalah amanah Allaw SWT kepada kita. Sudah pasti kita akan di tanya kelak bagaimana kita mendidik mereka. Jika tersilap didikan anak-anak mungkin boleh mengheret kita masuk ke Neraka. Justeru itu didiklah anak dengan sebaiknya, pentingkanlah agama daripada dunia semata.

Lihat Juga :  Hari UMKM Nasional, Rumah Zakat Optimalkan  Dana ZIS untuk Bantu UMKM Terdampak Covid-19

“Ketahuilah bahwa harta-benda kamu dan anak-anak kamu adalah ujian (bagi kamu) dan sesungguhnya Allah di sisi-Nya pahala yang besar” (Surah al-Anfal, ayat 27-28). Wallahualam bishawabi

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

Back to top button