10 Tanda Si Dia Jodoh yang Tepat, tak Perlu Pilih yang Lain

ASSAJIDIN.COM — Banyak di antara kita yang kurang yakin bahwa individu yang berada di sisinya sebagai calon pendamping betul-betul sesuai atau tidak untuk menjadi pasangannya. Memang betul jodoh itu ialah rahasia ALLAH. Pun begitu, kita mesti tahu benarkah dia insan yang ditakdirkan untuk kita.
Kita sering dihambat kebimbangan jika tersalah pilih. Maklumlah pernikahan ialah komitmen sepanjang hayat. Berikut 10 tips untuk memastikan si dia orang yang tepat sebagai jodoh
1) Anda dan Si Dia lanngsung Tanpa Banyak Usaha
Ada orang yang hubungannya penuh onak dan duri. Pelbagai masalah datang sehingga mengangguk-angguk keharmonian perhubungan. Berbeda dengan anda dan si dia. HUbungan berlangsung dengan aman dan kedua-dua belah keluarga merestui hubungan kalian tanpa banyak soal. Ya, maka dialah orangnya, insyaallah
2) Hubungan Cinta Kurang Drama
Jika anda dan si dia tenang dan tidak banyak drama air mata, maka itulah salah satu tanda kalian memang dijodohkan bersama. Berbeda jika anda kerap berurai air mata kerana si dia sering melukai hati. Lagi pelik jika walau kerap dia membuat anda memangis, anda masih tetap bertahan dengan dia.
3) Si Dia Mudah Diterima Oleh Keluarga dan Sahabat Anda
Penerimaan keluarga dan sahabat terdekat anda adalah tanda yang si dia memang sesuai untuk anda. Ini kerana aura positif yang terpancar dari personalitinya itu yang membuat orang sekeliling anda mudah menerima si dia.
4) Dia Bijak Menjernihkan Suasana
Tiap kali anda dan dia berselisih pendapat, hubungan mudah kembali pulih kerana si dia bijak menjernihkan suasana. Orang begini memang sesuai dijadikan pasangan kerana pandai membuat emosi stabil.
5) Dia Bukan Sekadar Kekasih Tetapi Sahabat
Sahabat ialah orang yang selalu ada kala kita suka dan duka. Sahabat tidak akan pernah meninggalkan kita walau macam mana buruk pun perangai kita. Justeru, kekasih yang berusaha menerima segala kekurangan kita adalah orang yang sesuai menjadi pasangan kita.
6) Dia Mengajak Anda Ke Jalan Yang Lebih Baik
Sepanjang berkawan dengannya, anda menjadi lebih baik. Dia mengingatkan anda mengenai solat, menutup aurat dan sebagainya. Dia memberi semangat untuk anda cepar khatam Quran. Jika dia begitu, maka dialah orangnya.
7) Dia Tidak Ganggu Kehidupan Sosial Anda
Sebelum bertemu dengannya, anda mempunyai hobi dengan rekan-rekan lain. Hubungan tidak sepatutnya membuatkan anda kehilangan kehidupan sosial. Jika dia ganggu kehidupan sosial anda dengan rakan-rakan yang lain, maka lupakanlah. Ini kerana nampak sangat dia suka mengongkong.
8) Selalu Bercerita Soal Masa Depan Dengan Anda
Jika si dia selalu bercerita impiannya untuk hidup dengan anda sebagai suami isteri, dan mulai merencana itu ini dengan anda, maka dialah orang yang sesuai untuk dijadikan pasangan.
9) Anda Rasa Yakin Untuk Hidup Dengannya
Jika anda ada rasa yakin untuk meletakkan harapan kepada si dia selepas berkahwin, itu tandanya jodoh. Anda rasa dia mampu menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin dari segi percakapannya, perwatakannya dan komitmennya.
10) Dia Melengkapi Hidup Anda
Bersama si dia, anda rasa hidup lengkap. Dia boleh diharapkan untuk melengkapi kelemahan anda. Misalnya anda jenis panas, manakala si dia jenis sejuk dan lembut. Anda pandai memasak, si dia pula rajin mengemas rumah. (*/Islam itu indah/kashoorga)