Wajibkah Shalat Sunat Taubat bagi Orang yang Ingin Bertaubat?
AsSAJIDIN.COM — Allah membuka seluas-luasnya pintu taubat bagi siapapun yang ingin bertaubat, kapanpun waktunya. Bertaubat yang sesungguhnya adalah tidak melakukan kesalahan dosa serupa atau kembali ke jalan kesesatan.
Pertanyaannya, apakah orang yang hendak taubat wajib menunaikan sholat taubat?
Ketika adalah seorang itu melakukan satu pekerjaan dosa maka wajib atasnya bertaubat dan disunatkan pula menunaikan sholat sunat taubat.
Berkata Syeikh Muhammad bin Umar :
صلاة التوبة ينبغي للمسلم أن يحرص على تقوى الله تعالى، ومراقبته، وعدم الوقوع في المعصية، فإن أذنب؛ بادر إلى التوبة والإنابة. وقد شرع الرسول صلى الله عليه وسلم هذه الصلاة عند التوبة : بغية المتطوع في صلاة التطوع
Artinya : “Sholat Taubat. Sayugia bagi orang Islam bahwa gemar ia atas taqwa akan Allah Taala dan sentiasa ingat bahwa Allah sentiasa melihat akan dirinya dan tiada membiarkan dirinya jatuh kepada perlakuan maksiat. Maka jika dia melakukan satu dosa hendaklah dia segera kepada bertaubat dan kembali kepada Allah. Dan sungguhnya telah disyariatkan olih Rasulullah saw akan solat sunat ini ketika bertaubat.” (Kitab Bughyah Al-Mutahowwi’ fi Solah At-Tathowwu’)
Dan berkata Imam Ibnu Taimiyah :
وَكَذَلِكَ صَلَاة التَّوْبَة، فَإِذا أذْنب فالتوبة وَاجِبَة على الْفَوْر، وَهُوَ مَنْدُوب إِلَى أَن يُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ، ثمَّ يَتُوب، كَمَا فِي حَدِيث أبي بكر الصّديق
Artinya : “Dan seperti demikian itu solat taubat. Maka apabila seorang itu melakukan dosa maka taubat itu wajib dengan segera dan dia disunatkan kepada menunaikan solat dua rakaat kemudian bertaubat sepertimana sabit di dalam hadith Abu Bakar As-Siddiq r.a.” (Kitab Majmu’ Fatawa)
HADITH SHOLAT SUNAT TAUBAT
Telah diriwayatkan daripada Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a. beliau berkata :
سَمِعت رَسُول الله صلى الله عَلَيْهِ وَسلم يَقُول: ” مَا من عبد يُذنب ذَنبا فيُحسِنُ الطّهُور ثمَّ يقوم فَيصَلي رَكْعَتَيْنِ ثمَّ يسْتَغْفر الله إِلَّا غفر الله لَهُ
Artinya : “Aku telah mendengar akan Rasullah saw bersabda : Tidak ada dari seorang hamba yang melakukan satu dosa kemudian dia bersuci dengan seeloknya kemudian berdiri tunaikan solat dua rakaat kemudian dia bertaubat kepada Allah dari dosanya itu melainkan Allah menerima akan taubatnya.”
Hadith ini diriwayatkan olih Imam Ahmad di dalam Al-Musnad pada bab Fadhail Sahabat dan Abu Daud di dalam Sunannya pada bab Istighfar dan Tirmizi di dalam Sunannya pada bab Solat Ketika Taubat dan Nasaie pada bab Tafsir dan Ibnu Majah di dalam Sunannya pada bab Solat Adalah Kafarah dan Ibnu Hibban di dalam Sahihnya dan Al-Baihaqi di dalam Ad-Da’waat Al-Kabir dan At-Tabarani pada bab Fadhilah Istighfar dan Ibnu Abi Syaibah di dalam Al-Mushannaf dan Ibnu Sunni di dalam ‘Amal Al-Yaumi Wa Al-Laili dan Ibnu ‘Adi di dalam Al-Kamil dan Abu Ya’la di dalam Al-Musnad dan Al-Bazzar di dalam Musnadnya dan Abu Nu’aim di dalam Akhbar Al-Asbahan dan Al-Maruzi di dalam Musnad Abi Bakar dan Ibnu Abi Hatim di dalam Tafsirnya dan Al-‘Uqaili di dalam Ad-Dhu’afa’ dan At-Tabari di dalam Tasfirnya dan Al-Baghawi di dalam Syarah As-Sunnah dan lainnya.
Dan disamping hadith Abu Bakar r.a. ada beberapa hadith lain yang menjadi dalil bagi disunatkan sholat taubat ini.
Telah diriwayatkan daripada Abdullah bin Buraidah daripada bapanya r.a. berkata :
أَصْبَحَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا فَدَعَا بِلَالًا، فَقَالَ: “يَا بِلَالُ بِمَ سَبَقْتَنِي إِلَى الْجَنَّةِ، إِنِّي دَخَلْتُ الْبَارِحَةَ الْجَنَّةَ فَسَمِعْتُ خَشْخَشَتَكَ أَمَامِي”، فَقَالَ بِلَالٌ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، مَا أَذْنَبْتُ قَطُّ إِلَّا صَلَّيْتُ رَكْعَتَيْنِ، وَمَا أَصَابَنِي حَدَثٌ قَطُّ إِلَّا تَوَضَّأْتُ عِنْدَهَا
Artinya : “Pada waktu pagi Rasulullah saw telah memanggil akan Bilal r.a. dan berkata : Wahai Bilal. Kerana amalan apakah kamu mendahului aku di dalam syurga? Sungguhnya aku melihat di dalam syurga semalam dan aku mendengar bunyi tapak kakimu di hadapanku. Maka jawab Bilal : Wahai Rasulullah. Tiadalah aku kerjakan satu dosa sama sekali melainkan aku pasti menunaikan solat dua rakaat dan tiadalah menimpa aku olih hadas melainkan aku segera berwuduk kerananya.” (Hadith riwayat Ahmad & Tirmizi)
Dan telah diriwayatkan daripada Abu Darda’ r.a. katanya : Aku telah mendengar akan Rasulullah saw bersabda :
مَنْ تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ وُضُوءَهُ ثُمَّ قَامَ فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ أَوْ أَرْبَعًا (شك أحد الرواة) يُحْسِنُ فِيهِمَا الذِّكْرَ وَالْخُشُوعَ ، ثُمَّ اسْتَغْفَرَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ ، غَفَرَ لَهُ
Artinya : “Barangsiapa berwuduk dengan wuduk yang sangat elok kemudian berdiri ia mengerjakan dua rakaat solat atau empat rakaat (syak rawi) yang dia elokkan kelakuan solatnya itu dengan zikir dan khusyuk kemudian dia beristighfar akan Allah Taala nescaya Allah akan mengampunkan baginya.” (Hadith riwayat Ahmad)
MENGAPA SHOLAT SUNAT TAUBAT?
Dan sebab diperintahkan mengerjakan solat sunat taubat ketika bertaubat itu ialah menuntut kesempurnaan dan kesungguhannya kembali kepada Allah.
Berkata Syeikh Abdurrahman bin Qasim :
وَفِيه اسْتِيفَاء وُجُوه الطَّاعَة فِي التَّوْبَة، لِأَنَّهُ نَدم، فَتطهر، ثمَّ صلى، تمّ اسْتغْفر، وَإِذا أَتَى بذلك على أكمل الْوُجُوه غفر الله لَهُ بوعده الصَّادِق”
Artinya : “Dan pada menunaikan solat ini ialah menuntut kesempurnaan segala wajah ketaatan pada ketika bertaubat kerana sungguhnya taubat itu ialah penyesalan lalu dia bersuci dan menunaikan solat kemudian meminta keampunan. Dan apabila dia datangkan dengan yang demikian itu atas segala rupa yang sempurna nescaya Allah akan mengampunkan baginya dengan sebab janji-Nya yang benar.” (Kitab Al-Ihkam)
Berkata para ulama :
سَبَب صَلَاة التَّوْبَة هُوَ وُقُوع المسلمِ فِي مَعْصِيّة سَوَاء كَانَت كَبِيرَة أَو صَغِيرَة ، فَيجب عَلَيْهِ أَن يَتُوب مِنْهَا فَوْرًا ، وَينْدب لَهُ أَن يُصَلِّي هَاتين الرَّكْعَتَيْنِ، فَيعْمل عِنْد تَوْبَته عملا صَالحا من أجل القربات وأفضلها، وَهُوَ هَذِه الصَّلَاة، فيتوسل بهَا إِلَى الله تَعَالَى رَجَاء أَن تقبل تَوْبَته، وَأَن يغْفر ذَنبه.
Artinya : “Sebab solat taubat itu ialah jatuh seorang Islam kepada melakukan maksiat samada dosa besar atau kecil maka wajib atasnya bahawa taubat daripadanya dengan segera. Dan disunatkan baginya bahawa solat ia akan dua rakaat kemudian dia kerjakan disisi taubatnya itu akan amal solih kerana mendekatkan diri kepada Allah. Dan adalah yang afdhalnya ialah menunaikan solat ini lalu dia bertawassul dengannya kepada Allah kerana mengharapkan bahawa diterima akan taubatnya dan bahawa diampunkan dosanya.” (Kitab Nihayah Al-Muhtaj dan Hasyiah Qalyubi dan Hasyiah As-Syarwani dan Bazlul Majhud dan Mirqatul Mafatih dan Majmu’ Fatawa Ibnu Taimiyah dan Madarijus Salikin dan Syarah Muslim dan Syarah At-Tibi ala Al-Misykah). (*/sumber:islamindah)